a part time blogger writes from Kota Kinabalu, Sabah about the happenings in his live and surroundings. Occasionally will blog about funny and hilarious findings from the net.
Saturday, May 7, 2011
Western Digital 500gb External Hardisk - akhirnya dapat dibeli
Masa saya servay harga di karamunsing banyak jenama seperti Transcend, Adata, Buffolo, Acer, Kingmax dan apatah lagi yang lebih murah harganya. Ada yang 500gb harganya baru RM165. Memang sekarang harga external hardisk jauh lebih murah berbanding dengan 2-3 tahun lepas.
![]() |
| Western Digital 500gb External Hardisk |
![]() |
| Western Digital 500gb External Hardisk Unboxed |
Harap-harap tahan la ni hardisk. Jangan ja rosak sebelum sempat menabur bakti kepada tuannya.
vidd: bah mana suda tu movie mari sini saya copy semua..hahahaha
Labels:
Gadgets,
Interesting Pics,
Technology
Sunday, May 1, 2011
Hobi Menyimpan Duit-duit lama Malaysia
Kalau minat main nombor toto tu bukan dikira hobi la saya rasa sebab itu berjudi.
Dan ada orang mempunyai hobi atau minat yang lebih daripada satu. Jangan kamu silap. Ada hobi yang hampir percuma dan ada hobi yang memerlukan modal yang besar. Ada satu orang kawan saya tu minat badminton dan pancing. Reket badminton ada lebih dari 14 reket dan joran pancing pun ada lebih 14 batang. Kalau kira kos bagi orang yang tidak minat sudah tentu orang tu cakap membazir. Kamu kena ingat kalau suda minat apa- pun boleh jadi.
So hari ini saya mau kongsikan salah satu minat atau hobi saya. Tidak lain dan tidak bukan ialah Numismatik. Kalau dalam istilah biasa iaitu hobi menyimpan duit lama tidak kira lah duit syiling atau duit kertas.
Pre Numis
Kalau ditanya bila lagi mula menyimpan saya mungkin jawab dari zaman remaja lagi sebab dulu kalau jumpa duit lama rm1 dan rm5 mesti simpan di wallet. Sampai ke zaman Universiti masih lagi simpan duit lama rm1 dan rm5 kalau terjumpa. Kadang2 sanggup la berlapar kalau mau simpan tu duit rm5, kalau suda mau kebulur terpaksa la juga guna untuk bayar tapau nasi di sana warung nasi padang. Teringat lagi tauke jawa tu tanya " duit ni pasi bisa di pake lagi ka?" huhu aku baling jua pinggan di muka kau ni tauke.
Contoh- contoh duit yang di simpan pada zaman itu. Ini boleh dikira zaman pre-numis kerana masa tu belum lagi tau macamana proper mau simpan duit lama.
Masa tu cara simpan duit mestila kasih lipat taru sana dalam wallet. Ingatkan pada masa tu duit lama ni disebabkan duit lama keadaan duit tu tidak kisahlah suda berlipat dan kotor memang bernilai juga tu nanti sebab barang lama.
Ada juga duit RM10 dan RM20 lama yang pernah singgah di tangan tapi suda diguna sebab valuenya agak besar untuk seorang pelajar yang hidup di luar negeri(di johor pun kira luar negeri la tu) tanpa banyak bantuan. Huhuhu
Zaman Numis
Setelah terbaca blog dan juga terjumpa dan terkenal dengan beberapa penjual duit lama yang ada kedai di sana wisma merdeka maka terbelajar la pula mengenai macamana rupanya kalau mau betul2 menyimpan duit lama dengan cara yang betul. (semua ada imbuhan 'ter' so ndak sengaja la tu)
Pertama mesti tau macamana mau simpan duit lama tu. Kalau setem ada album setem, maka duit lama pun ada album duit. So, album ni kena la beli kalau koleksi suda ada. Bukan setakat nampak lebih cantik tapi ia mengelakkan duit rosak, terlipat, kotor dan tercicir kalau suda simpan dalam album
![]() |
| Contoh album duit |
Perkara kedua ialah tahu nilai duit lama tersebut. Disebabkan duit lama ni sudah tentu mempunyai harga yang lebih tinggi daripada nilai muka yang tertulis oleh itu kenalah ada buku rujukan duit. Ini boleh dijadikan rujukan semasa membeli ataupun menjual duit lama, walaupun ia terpulang sama budi bicara.
Seterusnya ialah tahu grading duit. Duit yang seolah-olah belum pernah digunakan dan macam baru keluar dari bank negara tanpa melalui atm machine itulah yang mempunyai harga paling tinggi. Ini dipanggil condition UNC(Uncirculated). Kalau suda melalui ATM machine tapi masih nampak baru lagi itu mungkin boleh dikategorikan EF( Extremely Fine). Ada lagi grading yang seterusyna seperti VF, F dan poor.
![]() |
| contoh duit UNC dan rare, perhati tepinya warna emas harga boleh cecah rm500 |
So, kalau kamu dapat duit di tangan setiap kali terima gaji atau dapat duit baki tengok-tengok la duit seperti di bawah:
![]() |
| Perhati tandatangan tu macam ejaan "Aishah". Kalau UNC harga RM1000 boleh dapat dengan senang |
| Tahun 1971 10 sen. Kalau UNC boleh dapat RM300 |
![]() |
| No prefiks mula ZA, ZAA, ZAB harga boleh sampai RM50 sekeping |
![]() |
| 50 sen tiada belah dekat tepi. Harga RM500 |
Jangan menyesal bila tau duit tu berharga riban-riban nanti.
So cukuplah untuk cerita hobi menyimpan duit lama ni. Hobi ni memang agak mahal. Cuma kebaikannya ialah hobi ni simpan duit. Duit tu bertambah nilai hari demi hari. Kalau sesak boleh jual juga duit ni. Cuma banyak orang tidak paham hobi "beli duit lama dengan duit baru" ni. Tida pa la, kalau ada orang mau kutuk hobi ni dengan cakap bagus lagi benda lain yang berfaedah, bah kamu pigi la beli benda lain tu. Apa saya peduli. Sebab saya beli duit lama ni pun bukan pinjam duit kamu, so saya punya sukalah mau buat apa. Hahahahhaa
Selamat hari pekerja 1 Mei 2011. Isnin cuti. Yahooooooo.
Subscribe to:
Posts (Atom)










