Recent Posts

Your Ad Here

Saturday, May 7, 2011

Western Digital 500gb External Hardisk - akhirnya dapat dibeli

Saya memng mencari-cari external hardisk sejak tukar tahun 2011 haritu. Mula-mula mau guna duit bonus untuk beli tapi terhabis pula bayar saman trafik yang bulan 2 tu. Huhu. So since ada duit lebih sikit ni bulan saya decide untuk beli satu external hardisk untuk kegunaan peribadi seperti download movies, mp3 dan backup pendrive serta fail-fail yang penting dalam laptop.

Masa saya servay harga di karamunsing banyak jenama seperti Transcend, Adata, Buffolo, Acer, Kingmax dan apatah lagi yang lebih murah harganya. Ada yang 500gb harganya baru RM165. Memang sekarang harga external hardisk jauh lebih murah berbanding dengan 2-3 tahun lepas.

Western Digital 500gb External Hardisk
 Tapi saya suka ni western digital. Dari dulu lagi hardisk WD ni memang terkenal dan tahan lasak. Tapi saya rasa tingu juga la penggunaan penjagaan pengguna external. Kalau asyik terjatuh dan terhantak di meja atau lantai sure apapun jenama rosak juga.

Western Digital 500gb External Hardisk Unboxed
So dengan sekali lafaz,"Saya mahu yang wd tu" sambil tangan tunjuk tu barang, maka kurang lah RM215 dari duit wallet saya bulan ni.

Harap-harap tahan la ni hardisk. Jangan ja rosak sebelum sempat menabur bakti kepada tuannya.

vidd: bah mana suda tu movie mari sini saya copy semua..hahahaha

0 comments:

Sponsors

Your Ad Here