a part time blogger writes from Kota Kinabalu, Sabah about the happenings in his live and surroundings. Occasionally will blog about funny and hilarious findings from the net.
Wednesday, April 20, 2011
Cuti 5 hari rasanya macam sebulan
Kerja pertama ialah membersihkan halaman rumah dan menamatkan riwayat rumput-rumput@ lalang-lalang yang sedang hidup berharmoni aman sentosa di sekeliling rumah. Kalau ikutkan hati mau saja upah orang untuk potong atau meracun rumput ni, tapi disebabkan kekurangan duit maka perlulah dibuat sendiri. So berbekalkan dengan racun rumput yang dibeli dengan harga RM20 maka rumput-rumput tersebut akan dapat dihantar kembali ke pembuatnya. Cuma harap jangan hujan la. Kalau saya kaya saya simen juga ni halaman rumah supaya tidak tumbuh rumput lagi. Hahaha bikin panas.
Kerja kedua ialah sudah tentu berehat. Berehat pun kerja ka? Huhu. Badan ni walaupun baru berusia 32 tahun namun suda cepat penat berbanding dulu. Tapi bagi saya yang paling penting ialah kita semua kena rehatkan mental. Jan terlalu penat berfikir dan tension. Betulka tidak? Apa la guna cuti tu kalau tida gunakan. Mau apply cuti 20 hari nanti masa perayaan hujung tahun pun bukan lulus juga. So masa cuti begini la kena ringan-ringan kan fikiran, fikir masa depan, bangun lewat- tidur awal, tengok movie, tengok tv, format pc dan laptop, belajar ambil gambar dslr dengan D5000 cikai sia dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.
Kerja yang seterusnya ialah mau repair sikit kereta kelisa saya, sebab mau jual(ada iklan dalam mudah). Tida bagus juga kalau jual sama orang tapi banyak bunyi kedengaran masa pandu tu kereta. Maklumla suda berusia 8 tahun punya kereta, takkan masih macam baru kan? Lebih-lebih lagi mileage tinggi, kalau tidak silap suda 200k dia punya mileage. Kalau ikutkan hati macam sayang ba mau jual ni kereta tapi apakan daya perlukan duit cash sekarang ni. Simpan lama-lama pun bukan makin naik value dia. Kalau dapat jual RM23-25K pun kira puas hati suda. So kalau tiada apa-apa halangan mau hantar pigi workshop yang biasa dihantar di sana Papar, nda tau namanya tapi dekat tu hardware Ming Shin. Murah dan berpatutan dia charge harga.
Kerja yang seterusnya ialah mau update dulu ni blog-blog yang bersawang labah2. Kalau tidak diupdate itulah pasal teda income. Asyik menurun ja graf dalam excel sia. Entah bila mau naik macam dulu. Mau juga merasa pigi jalan2 sana genting sambil jumpa uncle lim. Well, harap-harap dapatla repair ni blogs macam dulu.
Ada lagi benda lain yang mau dibuat tapi tidak berapa penting. So nanti ja lain kali story.
Jam pun suda 9.42pm mau rehat tingu tv. Nanti pagi mau bangun jam 3 tingu tu chelsea main. Bukan peminat the blues(I am an anfield loyal supporter) pun tapi mau torres score hattrick dan harap arsenal juga menang supaya ada fight tu Man U.
Sehingga bertemu di masa yang lain. Sekian terima kasih.
Maju lah sukan untuk negeri Sabah walaupun kalah sama selangor semalam.
Chiow.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment