Recent Posts

Tuesday, April 19, 2011

31 bertukar jadi 32

Hari ini saya mau berblog dalam bahasa Sabahan pula, bukan ada beza pun..lagipun blog ni suda kana biar bersawang entah berapa lama suda ni. Kalau ada org baca bacalah kalau tida pun inda apa juga. Lagipun setiap hari pagi semasa kena jammed pigi kerja selalu dingar si OTHOE dalam siaran suria sabah.

So cerita hari ni ialah mengenai umur. Tuan punya blog ni sudahpun menjangkau usia 32 tahun pada 16 haribulan yang lepas. Tiada jua party atau pigi jalan mana-mana pun. Sudah jadi kebiasaan sambut dengan kek biasa bersama anak dan bini di rumah. Dulu kecil-kecil pun tiada sambutan, so suda tua-tua ni pun teda feel. Kalau beliau dulu cakap mesti ada makan mee hun goreng supaya tu umur pun panjang macam tu mee.. mangkali ni kepercayaan orang cina la kali.

Bercakap pasal umur suda 32 ni, teringat pula pasal harapan tuan punya blog ni yang menyimpan beberapa azam. Salah satunya ialah mau beli kereta baru sebab kereta lama suda tidak muat kalau beli barang banyak di Giant atau Servay. So azam ni sudah tercapai sebab 28hb Februari tu hari suda ada kasi keluar kereta Proton Saga FL. Bukan beli cash pun, masih bank punya. Bayar first installment pun belum, Bulan lima baru mula bayar. Itupun sebab ada kawan di Proton dan Bank yang boleh kasi deposit rendah, tanpa penjamin dan interest rendah. Sedangkan kereta kelisa lama tu masih ada loan. Maybe itulah kebaikan ada bekas student yang kerja di merata tempat, boleh jua menolong dalam kes-kes macam ni. Thank you thank you la kio.

Kira puas hati jualah walaupun kereta ni kira murah juga banding myvi, vios dan persona. Kira mau beli avanza bah tu hari tapi tida mampu walaupun suda dealer toyota tu tekan kalkulator banyak kali. Siap tu dealer kasi kira untuk yg 1.3 punya avanza tapi nda juga lepas tu gaji. So biarla, kalau ada rezeki lain hari merasa juga tu toyota. Yang penting saiz bonet jauh lebih besar dan selesa la pemanduannya. Cuma minyak memang lebih kuat makan, maklumlah saiz enjin dan berat kereta lebih besar.

Azam kedua tuan punya blog ni sebenarnya mau ada rumah ba juga di kk, tapi ini masih dalam proses sebab taulah harga rumah sekarang ni melambung tinggi. Kalau mau cari rumah 'atas tanah' dengan budget bawah 200k tu mimang org bilang 'can kiss your dream goodbye la' kalau ada pun mcm di area Kuala menggatal yg lebih kurang mcm di perumahan pengalat tu, rumah lama design lama. Tapi ini tidak apa sebab tuan blog ni ada rumah dan tanah sendiri, apa-apa jadi pun ada jua rumah sendiri di papar walaupun buruk siling bucur nda jua menumpang menyewa rumah orang lain. Apa tu orang bilang 'home sweet home'. Cuma jauhlah pergi kerja papar-kk setiap hari, kadang2 menyumpah juga sia tu jammed jalan di putatan petagas. Entah bila mau siap tu jambatan petagas, silaka betul bukan main lama durang mau kasi siap. Tambah lagi masuk kerja skrg jam 8, huhu mau tau ja bertolak awal pagi jam berapa.

Azam ketiga tuan punya blog semasa umur 32 ni adalah kalau dapat mau menyihatkan badan, sekarang ni bukan lah tidak sihat..hmm nda tau la sebab nda pigi medical check up(nanti mau juga tu pigi tapi tunggu masa sesuai) tapi macam rasanya suda tidak berapa fit sejak tidak main futsal. Dulu main futsal satu minggu 2-3 kali. Yalah, main bowling 5- 6 game pun bukan boleh kasi kurang tu lemak. Nasib juga ada main ping pong 1-2 kali seminggu. Kalau ada member heran napa berpeluh lebih tu inilah reasonnya, bersukan mesti mau berpeluh, kalau tida berpeluh tu berehat-rehat namanya.


Azam keempat tuan punya blog ni sebenarnya kalau dapat mau mengembalikan sedikit zaman kegemilangan hasil pendapatan daripada blog di internet. Kalau dapat separuh macam yang duluuu dapat pun ok la. Azam ni seterusnya menjurus kepada azam kelima iaitu mau tambah duit simpanan cash. Mana la tau kan kalau ada emergency atau mau guna duit ada juga yang boleh dikorek nda payah la mau meminjam atau guna kad kredit. Tapi memang susah juga mau buat walaupun tida mustahil. Cuma mau fokus sikit dan ingat macamana suda buat dulu.

So sampai sini dulu, bagi siapa-siapa yang ada wish happy birthday di facebook, sms atau masa berlimpas di sana kadai atau centre point. Sia ucapkan terima kasih la. Patut kamu tu yang belanja sia minum kicai ping sana kadai. Hehe

Adios amigos. See you again next time. Hopefully soon.

2 comments:

Arms said...

Boss,bloghopping here. btw, happy belated bday ;)

Ba harap duit ko tambah banyak mcm zaman kegemilangan ko tu :D

Mr. Danny said...

Arms - Bah thank kiu for the wish. Hope you can do the same. Cheers

Sponsors

Your Ad Here